Friday, 28 February 2025

Majlis Silaturahim dan Penghargaan Alumni kepada YBhg Tan Sri Dato' Hj Zainal Bin Dahalan







Segala puji bagi Allah, ziarah silaturahim Alumni kepada YBhg Tan Sri Dato' Hj Zainal Bin Dahalan telah berjaya diadakan pada hari Selasa, 25 Februari 2025, jam 10:00 pagi di kediaman YBhg Tan Sri. Majlis ini bertujuan untuk mengukuhkan tali persaudaraan dan menyampaikan penghargaan serta doa atas sumbangan besar beliau sebagai Penaung Persatuan Alumni SMK Seri Tanjong Kuala Selangor.

Hadir dalam majlis tersebut:
1. Tuan Hj Sufian b Taimon - Penasihat
2. En. Md Arrif b Hairoman - Presiden
3. Tuan Hj Adailami b Mohamad Amin - Timbalan Presiden
4. Puan Ruzita bt Alias - Naib Presiden

Urusetia yang turut membantu menjayakan majlis:
1. Puan Yuzaina bt Abdul Karim - Ahli Jawatankuasa
2. Puan Suziana bt Mohd Sopi - Ahli Jawatankuasa Kerja

Turut hadir dalam majlis ini:
1. Puan Hjh Rusnah bt Meri
2. Puan Mariyati bt Siwar

Semoga Allah memberkati setiap usaha yang telah dilakukan dan memudahkan segala urusan kita semua. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan. Semoga tali persaudaraan ini terus erat dan diberkati dengan segala kebaikan.

Terima kasih.

Sunday, 23 February 2025

Pemakluman Permohonan Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)



🔖PEMAKLUMAN
PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa 
✅Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
✅Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
✅Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
✅Lepasan Program Matrikulasi 

yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti PISPM di Institut Pendidikan Guru, KPM bagi ambilan tahun 2025.

📌Sila rujuk aktiviti dan tarikh penting dari masa ke semasa.

📌Permohonan akan dibuka pada
24 Februari 2025 sehingga 16 Mac 2025 (11.59 malam)