Algeria  Argentina  Australia  Austria  Bahrain 
Bangladesh  Belgium  Bosnia-Herzegovina  Brazil  Brunei 
Cambodia  Canada  Chile  China  Croatia  Cuba 
Czech  Egypt  Fiji  Finland  France  Germany 
Ghana  Guinea  Hungary  India  Indonesia  Iran 
Ireland  Italy  Japan  Jordan  Kazakhstan 
Kenya  Kuwait  Laos  Libyan Arab Jamahiriya
Madagascar  Malaysia  Mexico  Morocco 
Myanmar  Namibia  Nepal  Netherlands  New Zealand 
Nigeria  North Korea  Oman  Pakistan  Papua New Guinea 
Peru  Philippines  Poland  Qatar  Republic Of Korea 
Romania  Russian Federation  Saudi Arabia  Senegal  Serbia 
Singapore  South Africa  Spain  Sri Lanka  Sudan 
Sweden  Switzerland  Syrian Arab Republic  Taiwan 
Thailand  Timor-Leste  Turkey  Ukraine 
United Arab Emirates  United Kingdom  United States 
Uzbekistan  Venezuela  Vietnam  Yemen  Zimbabwe 

 

Sejarah Alumni

Sejarah Kumpulan WhatsApp Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung, Kuala Selangor (SMKST)
(Catatan oleh Dr. Ma’zam Md Said, Admin kumpulan WhatsApp Alumni SMKST)

Kehadiran saya dalam lingkungan Alumni SMKST sekarang ini adalah lantaran isteri saya, Pn. Sunari Tukiman, yang mana beliau adalah bekas pelajar SMKST. Pada awalnya saya hanya mengenali tiga lagi bekas pelajar SMKST, iaitu Tn. Hj. Mohd Sujak Sarman, En. Abu Talab dan Pn. Juliah dari kelompok bekas pelajar Tingkatan 1 tahun 1963. Saya juga mengenali Penasihat Alumni SMKST, Cikgu Hj. Sufian Taimon kerana beliau ialah saudara dua pupu dengan isteri saya, pernah bertemu di majlis perkahwinan, dan juga mengetahui beliau dari salasilah saudara mara mereka yang saya dokumentasikan.

Walaupun saya tahu beliau seorang guru, tetapi tidak terlintas sebelumnya bahawa beliau ialah bekas Pengetua SMKST, sehinggalah pertemuan pada salah satu mesyuarat AJK Protem Alumni SMKST. Kemudiannya saya mengenali beberapa rakan-rakan isteri yang lain pada dua perjumpaan makan bersama di Pantai Jeram dan di Sepang (bersama Cikgu Aziz Abdul Rahman) yang diatur oleh Dato' Seri Hj Ismail Muhtarom (1963) dan sahabat-sahabat beliau pada tahun 2015.

Mungkinnya saya tidak perasan, perjumpaan-perjumpaan ini mempunyai matlamat jauh, iaitu pembentukan Alumni SMKST. Pada perjumpaan di Pantai Jeram, Pn. Sunari dan saya mengambil initiatif untuk mencatat maklumat rakan-rakan yang datang, termasuk Cikgu Aziz Abdul Rahman, Cikgu Masuri Ahmad dan Cikgu Jabar Kasim. Pembentukan Alumni SMKST dicetuskan dan didorong oleh Cikgu Hj. Sufian Taimon.

Di antara mesyuarat terawal perkumpulan bekas pelajar SMKST ini ialah Mesyuarat Jawatan Kuasa Perhimpunan Raya Mantan Guru Dan pelajar SMKST pada 27 Jun 2015. Ini diikuti dengan beberapa siri mesyuarat yang lain sebelum perjumpaan Hari Raya yang sebenar, iaitu pada 1 Ogos 2015.  Pada sekitar masa yang sama, Dato' Seri Ismail Muhtarom telah meminta saya menubuhkan kumpulan WhatsApp AJK Protem Alumni SMKST dan seterusnya kumpulan WhatsApp bekas pelajar-pelajar SMKST sebagai media perhubungan antara ahli-ahli di dalamnya.

Sebenarnya, sebuah Persatuan Alumni SMKST telah pun didaftarkan sebelum ini, yang diasaskan di antara lain, Tn. Hj. Abdul Rahman Moharam (1963), Tn. Ir. Ishak Shamsudin (1976) dan Cikgu Shamsuddin Abu Abas (1972). Tetapi atas beberapa sebab, di antaranya telah lama tidak mengadakan mesyuarat dan tiada aktiviti persatuan yang dijalankan, tidak ada kutipan yuran untuk menjalankan aktiviti, ianya telah dibubarkan oleh Pejabat Pendaftar.

Ketiadaan media perhubungan yang mudah untuk ahli-ahli berinteraksi pada ketika itu mungkin juga menyumbang kepada permasaalahan ini. Kita harus bersyukur pada hari ini, yang diberi nikmat kemudahan telefon pintar mampu milik, keberadaan aplikasi WhatsApp, aplikasi Telegram dan sebagainya, berbanding rakan-rakan kita yang tidak merasainya, seperti mereka yang  sudah lama meninggal dahulu dari kita.

Pada awalnya, skop Alumni SMKST merangkumi bekas pelajar dari tahun 1960-1970 di Tingkatan 1. Pada 23 Ogos 2015 kumpulan WhatsApp Alumni SMKST 1960-1970 ditubuhkan. Kumpulan WhatsApp ini mengandungi beberapa bekas guru seperti Cikgu Hj. Sufian Taimon, Cikgu Aziz Abdul Rahman, Cikgu Mahani Wodi, Cikgu Zubaidah Rahman dan sekitar 60 orang bekas pelajar dari kelompok tahun 1960 hingga 1966. Ahli yang ramai ketika itu ialah bekas pelajar dari kelumpok 1963 dan 1966.

Kemudian skop Persatuan Alumni SMKST berubah, merangkumi bekas pelajar dari tahun 1960 hingga tahun 2014. Pada 23 Ogos 2015, kumpulan WhatsApp AJK Alumni SMKST juga ditubuhkan, yakni menggantikan kumpulan WhatsApp AJK Protem Alumni SMKST.

Pada tahun 2015, WhatsApp hanya membolehkan maksima 100 orang ahli dalam setiap kumpulan. Apabila ahli dari kelompok bekas pelajar 1960-1970 bertambah, ada cadangan untuk dipecahkan kepada dua kumpulan. Tetapi ramai ahli yang tidak setuju dengan cadangan ini kerana keakraban yang telah terjalin selama ini. Namun perpisahan di antara mereka terpaksa juga dilakukan, dan pada 22 Ogos 2015 dua kumpulan WhatsApp Alumni 1960-1965 dan 1966-1969 dibentuk. Pada 4 November 2015 kumpulan 1970-1973 ditubuhkan kerana kemasukan banyak bekas pelajar dari kelompok tahun 1972.

Sebagai pilihan kedua untuk menyatukan ahli dalam satu gabungan, kumpulan Telegram telah ditubuhkan pada 26 November 2015 yang boleh memuatkan 200 hingga 1,000 ahli dalam setiap kumpulan. Tetapi banyak ahli yang tidak memasang aplikasi Telegram dan ramai pula yang keluar dari Telegram.

Aplikasi Telegram ada kelemahannya, seperti semua ahli di dalamnya boleh memasukkan sesiapa sahaja rakan-rakan mereka. Ini membuat aktiviti merekodkan maklumat ahli-ahli menjadi rumit. Keperluan aplikasi Telegram adalah bahawa orang yang anda ingin masukkan adalah “mutual friends”, yakni mereka juga ada nombor henfon anda terdaftar di henfon mereka,  menyukarkan lagi proses penambahan ahli dan pengawalan data.

Pada 15 Mei 2016 kumpulan WhatsApp kelompok 1978-2015 ditubuhkan, menggantikan kelompok WhatsApp 1974-2015. Pada tarikh yang sama kumpulan WhatsApp 1974-1977 dibentuk kerana kehadiran ramai bekas pelajar dari kelompok tahun 1976. Pada ketika ini WhatsApp telah meningkatkan maksima ahli dalam setiap satu kumpulan kepada 256 orang.

Telah ada cadangan untuk menggabungkan beberapa kumpulan menjadi satu untuk memudahkan pengurusan. Tetapi ada banyak ahli yang tidak setuju dengan cadangan ini atas beberapa sebab. Salah satu sebabnya ialah, kumpulan WhatsApp yang terlalu ramai ahlinya akan punya kadar aktiviti berinteraksi yang tinggi. Ini membuat kesesakan kepada henfon sebahagian ahli, dan menyukarkan pengurusan data oleh sebahagian ahli yang tidak punya banyak masa.

Penambahan maklumat bekas pelajar SMKST adalah kerjasama dari rakan-rakan yang sudah berada di dalam rekod kami. Mereka yang aktif memberi maklumat bekas pelajar SMKST dijadikan Admin tambahan. Sebahagian besar mereka yang rajin memberi maklumat rakan-rakan mereka bukanlah Admin rasmi perkumpulan mereka, tetapi mereka yang punya rangkaian kawan-kawan tersendiri dan juga mereka yang berjiwa persatuan. Sememangnya dua perkara yang besar yang sering menjadi sukar dalam organisasi, perkumpulan atau keluarga ialah aspek kebertanggungjawaban dan kebersatuan.

Satu cabaran kepada pemimpin dan pembudaya bangsa.  Menjadi Admin WhatsApp Alumni SMKST punya cabarannya tersendiri. Maklumat yang didapati harus direkod mengikut kelompok tahun pelajar di dalam henfon dan kemudian direkodkan lagi di dalam komputer. Ketidak lengkapan maklumat menyukarkan proses merekodkan dan pembetulan data. Walaupun Admin tahu cara menyinkir (delete) mesej WhatsApp secara menyeluruh, tetapi dia tidak boleh berbuat begitu kerana mungkin ada data-data WhatsApp di paparan yang jauh di atas yang perlu dirujuk atau disemak semula.

Sesiapa pun yang menjadi Admin WhatsApp Alumni SMKST, tidak mungkin dikenali oleh semua bekas pelajar SMKST. Ini pun mungkin sedikit sebanyak menyumbang kepada ada ahli yang keluar kumpulan (left group) pada saat awal selepas tertubuh kumpulan WhatsApp. Untuk memberi pengenalan secara perseorangan mungkin tidak berbaloi, kerana ada sahaja sebab di luar kawalan Admin yang membuat mereka tidak mahu berada dalam kumpulan WhatsApp tertentu.

Saya akhiri dengan ucapkan ribuan terima kasih kepada pucuk pimpinan Alumni yang telah memberi kepercayaan kepada saya menggalas tugas ini, dan mereka yang telah membantu dan memberi kerjasama dalam usaha penambahan maklumat bekas pelajar SMKST.

Dr. Ma’zam Md Said
11 Jun 2016.

No comments:

Post a Comment