Sunday, 30 March 2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025



Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025
Assalamualaikum dan Salam Syawal,

Di kesempatan yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda dan keluarga. Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa cahaya kemaafan dan kebahagiaan yang tiada penghujung.

Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan, sama ada dalam tutur kata mahupun perbuatan. Semoga ukhuwah kita terus erat, dan kehidupan kita dipenuhi dengan kasih sayang serta keberkatan Allah SWT.
Nikmati saat-saat indah bersama keluarga tercinta, dan jangan lupa untuk berkongsi kegembiraan dengan mereka yang memerlukan. Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan yang melimpah, menjadikan kita insan yang lebih baik dalam setiap langkah kehidupan.

Ikhlas,
Persatuan Alumni SMK Seri Tanjong, Kuala Selangor


 

Friday, 14 March 2025

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Kelima Sesi 2024 - 2026











Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Kelima Sesi 2024 - 2026  
bersama
Mesyuarat Khas Persiapan Majlis Pelancaran Alumni Care, Hari Alumni 2.0, Sambutan Aidilfitri 2025, Tahlil dan Iftar Jama'ie 

Sila maklumkan kehadiran melalui pautan Google Form berikut:


Mesyuarat telah diadakan pada 14 Mac 2025 (Jumaat), jam 3:30 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Sembilang Eco Resort, Sungai Sembilang, Jeram, Selangor.

Agenda Mesyuarat:
1. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Kelima Sesi 2024 - 2026.  

2. Membincangkan persiapan Majlis Pelancaran Alumni Care, Hari Alumni 2.0, Sambutan Aidilfitri 2025 yang dijadualkan pada 20 April 2025 (Ahad) bertempat di Dewan Sri Impian, Hotel UiTM, Persiaran Raja Muda, Shah Alam; jam 10:00 pagi.  

3. Aktiviti selepas mesyuarat: Majlis Tahlil Ringkas dan Iftar Jama'ie.

---

Objektif:
1. Pelancaran Dana Kebajikan @ Alumni Care SMK Seri Tanjung Kuala Selangor:  
   - i. Tabung Kebajikan Alumni.  
   - ii. Penerbitan Memorabilia 65th SMK Seri Tanjung (1960-2025).  
   - iii. Memperkasakan program dan aktiviti alumni melalui biro-biro.

2. Himpunan Warga Alumni SMK Seri Tanjong untuk memupuk:  
   - Ukhwah dan persefahaman sesama alumni.  
   - Jaringan dengan agensi kerajaan, NGO, dan sektor korporat.  
   - Perkongsian idea dan kerjasama dengan komuniti setempat.  

3. Mengukuhkan hubungan strategik alumni dengan pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan dan bukan kerajaan.  

---

Kerangka Kerja Program dan Aktiviti Alumni 2025/2026:
2.1 Program Pendidikan, Sosial, dan Kebajikan:  
   - Kerjasama dengan:  
     - Fakulti Pendidikan & Sains Sosial UNISEL  
     - Jabatan Bimbingan & Kaunseling UiTM  
     - UPSI & institusi TVET (Technical and Vocational Education and Training (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional).  
   - Program Sepanjang Hayat: Bersama Kolej Pengajian Tinggi Islam (KPTI) Al-Insaniah.  
   - Program Cakna Kesihatan: Bersama Amal Medik.  
   - Aktiviti khusus seperti Komuniti Warga Emas Alumni.  

2.2 Program Sosial dan Kerjasama Strategik:  
   - Kolaborasi bersama Rakan Strategik:  
     - Ahli Parlimen Kuala Selangor & Shah Alam.  
     - Penyelaras DUN Jeram.  
     - Majlis Perbandaran Kuala Selangor.  

---

Jangkaan dan Harapan:
1. Memupuk kerjasama dan persefahaman dalam kalangan Majlis Presiden, Ahli Jawatankuasa, dan biro.  
2. Mengukuhkan kolaborasi khas dengan sekolah, PIBG, dan badan kebajikan guru kakitangan.  
3. Menjalin jaringan strategik bersama rakan-rakan kolaborasi.  
4. Menggalakkan pemikiran inovatif untuk merancang program bermanfaat.  
5. Mencapai sasaran sumbangan Alumni Care berjumlah RM150,000 - RM200,000.  

---

Sedikit maklumat berkaitan Pelancaran Alumni Care, Hari Alumni 2.0 & Sambutan Aidilfitri 2025  

Tarikh: 20 April 2025 (Ahad)  
Lokasi: Dewan Sri Impian, Hotel UiTM, Persiaran Raja Muda, Shah Alam
Masa: Jam 10:00 pagi

1. Pengacara Majlis  
   - Dr. Ferri Anugerah Makmur; Yayasan Oxford, Persatuan Pemuisi Nasional, Elite Fellow Universiti Malaya  
   - Dr. Marlenny Deenerwan; Timbalan Dekan (Pembangunan), Fakulti Seni Kreatif dan Persembahan, Universiti Malaya  
   - Puan Normala Miswan; Guru Pendidikan Khas DG48, SK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor (Penolong Setiausaha Alumni)  

2. Selawat dan Bacaan Doa  
   - Tuan Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki; Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Shah Alam  

3. Perasmian Hari Alumni 2.0 & Sambutan Aidilfitri 2025  
   - YB Tuan Haji Azli bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam  

4. Pelancaran Alumni Care (In shaa Allah)  
   - YBhg. Dato' Mohamed Raffe K Chekku; Pengerusi Yayasan Rafulin (LATAR)

---


Friday, 7 March 2025

Selamat Hari Wanita Sedunia



Selamat Hari Wanita Sedunia 2025

Sempena Hari Wanita Sedunia, marilah kita menghargai dan mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam membentuk keluarga, masyarakat dan negara.

Wanita adalah simbol kekuatan, ketabahan serta inspirasi yang tiada tandingan. Semoga setiap wanita terus maju, dihormati dan diberikan penghargaan yang sewajarnya.

"Wanita Beraspirasi Membina Legasi"