LAPORAN MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Pelancaran Tabung Kebajikan Alumni Care, Hari Alumni 2.0 & Sambutan Aidilfitri 2025
Tarikh: 5 April 2025
Hari: Sabtu
Masa: 10:00 pagi – 12:00 tengah hari
Tempat: Rampai Coffee House, Kelab Shah Alam Selangor
Kehadiran:
1. En Md Arrif Hairoman – Presiden
2. Hj Adailami Mohamad Amin – Timbalan Presiden
3. Pn Ruzita Alias – Naib Presiden II
4. Pn Siti Aminah Sa’i – AJK
5. Hj Zaidi Syazwan Azim – AJK
6. Pn Yuzaina Abdul Karim – AJK
Turut Hadir:
Pn Rusnah Meri – Pemerhati
Agenda Mesyuarat:
1. Pembentangan Laporan Jawatankuasa Pengurusan
2. Pembentangan Laporan Jawatankuasa Kewangan
3. Pembentangan Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan
Rumusan Keputusan:
1. Jawatankuasa Pengurusan:
Persediaan pelancaran Tabung Kebajikan Alumni Care dan Hari Alumni 2.0 berada pada tahap memuaskan.
Dokumentasi rasmi dan pelantikan pegawai khas sedang dilaksanakan.
Keputusan: Semua perancangan diteruskan, dan laporan kemajuan akan dibentang dalam mesyuarat khas akan datang.
2. Jawatankuasa Kewangan:
Kedudukan kewangan stabil dan mencukupi untuk pelaksanaan awal.
Usul kutipan sumbangan tambahan daripada alumni dan rakan korporat diterima.
Keputusan: Aktiviti pengumpulan dana diteruskan dan laporan terperinci diminta dalam mesyuarat khas seterusnya.
3. Jawatankuasa Pelaksanaan:
Persediaan logistik hampir siap.
Penyelarasan kehadiran tetamu kehormat sedang dijalankan.
Keputusan: Semua aktiviti dilaksanakan mengikut jadual. Laporan akhir disediakan seminggu sebelum acara.
Pengumuman Penting:
Alhamdulillah, Mesyuarat telah memuktamadkan bahawa Majlis Sambutan Aidilfitri Alumni SMK Seri Tanjong Kuala Selangor dan Pelancaran Tabung Kebajikan Alumni Care, Hari Alumni 2.0 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Ahad, 20 April 2025
Masa: 9:30 pagi - 1:00 tengah hari
Tempat: Hotel UiTM, Shah Alam
Sumbangan Penyertaan Alumni:
RM50.00 sahaja (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).
Majlis akan diserikan dengan penyampaian Anugerah Ikon Alumni, Pendeta Alumni dan Tokoh Alumni SMK Seri Tanjong.
Alumni dipohon hadir untuk memeriahkan sambutan dan memberi sokongan terhadap pelancaran Tabung Alumni Care dan Hari Alumni 2.0.
Penangguhan Mesyuarat:
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:00 tengah hari dengan semangat dan iltizam tinggi untuk menjayakan ketiga-tiga acara seperti dirancang.
Sekian.