Monday, 18 November 2024

KENYATAAN AKHBAR








Majlis Penutupan Program Sumbangan Pakaian Terpakai dan Serahan Akhir

Alhamdulillah, sebahagian sumbangan telah diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih pada petang Isnin, 18 November 2024. Program sumbangan pakaian terpakai ini akan diteruskan pada 23 dan 24 November 2024.

Majlis Penutupan dan Serahan Akhir akan diadakan pada 30 November 2024. AJK Alumni dan Biro yang ingin menyumbang boleh menyerahkan sumbangan mereka pada hari tersebut di Dewan Terbuka Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Sila maklumkan kepada Presiden mengenai sumbangan pada tarikh tersebut.

Perhatian kepada AJK dan Biro Alumni SMKST 2024/2026: Tawaran untuk menyumbang pakaian terpakai oleh Biro Keahlian dan Kebajikan dibuka kepada semua AJK dan Biro pada hari Sabtu, 30 November 2024, jam 10:30 pagi di Dewan Bawah Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor sempena majlis penutupan dan serahan. Majlis ini dijangka akan disempurnakan oleh Encik Mohd Faizal Bin Abdul Raji, Timbalan Pengarah JAIS (Pengurusan), merangkap mantan Pegawai Daerah Kuala Selangor.

Marilah kita bersama-sama berbakti dan menyumbang melalui program ‘Alumni Amal Jariahku’.

Terima kasih.

Md Arrif Hairoman Presiden 011-6489 7428


 

Saturday, 2 November 2024

Pengumpulan & Pengedaran Pakaian Terpakai oleh Persatuan Alumni SMK Seri Tanjong Kuala Selangor








Kuala Selangor, 2 November 2024 - Persatuan Alumni SMK Seri Tanjong Kuala Selangor dengan sukacitanya mengumumkan pelaksanaan Projek Pengumpulan & Pengedaran Pakaian Terpakai sepanjang bulan November. Projek ini bertujuan untuk mengumpul dan mengedarkan pakaian terpakai kepada mereka yang memerlukan.

Sasaran utama projek ini adalah untuk mengumpul sebanyak 500 kg pakaian terpakai dengan melibatkan alumni SMK Seri Tanjong serta penduduk daerah Kuala Selangor secara amnya. Lokasi pengumpulan adalah di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor, pada tarikh-tarikh berikut: 2, 3, 9, 10, 16, 17, 23, dan 24 November 2024, dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Pengumpulan pakaian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat melalui kerjasama dengan rakan strategik seperti Nurkasih Charity Shop dan Gerobok Murni. Majlis penyerahan pakaian terpakai kepada NGO untuk diedarkan kepada yang memerlukan juga akan diadakan sebagai sebahagian daripada usaha ini.

Menurut pengerusi projek merangkap Timbalan Presiden Persatuan Alumni SMK Seri Tanjong Kuala Selangor, Tuan Haji Adailami Mohamad Amin, "Projek ini bukan sahaja dapat membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga memupuk semangat amal jariah di kalangan ahli alumni dan penduduk setempat." Beliau juga berharap agar setiap ahli alumni dapat menyumbangkan sekurang-kurangnya 5kg pakaian terpakai bagi mencapai sasaran projek.

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni, Encik Md Arrif Hairoman, menambah, "Kami berharap program ini menjadi tanda aras bagi Biro Kebajikan dan Sosial dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan memberikan impak positif kepada masyarakat."

Persatuan Alumni SMK Seri Tanjong Kuala Selangor juga menjemput semua pihak untuk turut serta dalam projek ini demi kebaikan bersama. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi En. Atuf di 018-395 4313 atau Cik Sue di 019-484 6822.

Marilah kita bersama-sama menyokong projek amal ini dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.