Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong Kuala Selangor. Sekolah ini telah melahirkan ribuan anak bangsa yang berpendidikan serta berakhlak mulia. Dahulu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong dikenali sebagai Sekolah Menengah Melayu yang ditubuhkan pada 1 Januari 1960 (Jumaat).

Pada waktu itu, sekolah ini menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Assam Jawa selama 2 tahun. Terdiri daripada sebuah kelas sahaja dengan 40 orang pelajar dan pengetua pertamanya ialah En. Abdul Ghani bin Abdul Hamid. Dari situlah bermulanya perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong.

Pada tahun yang sama, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong telah berpindah ke 'Nation Type English School' yang merupakan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris di Kampung Kuantan. Jumlah pelajar ketika itu ialah 75 orang dan beserta 5 orang guru. En. Sufian bin Taimon menjadi pengetuanya pada pertengahan tahun 1960.

Menjelang tahun 1963, bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong mula dibina, di tapak yang ada sekarang. Tiga blok bangunan dua tingkat dan kantin dibina di kaki Bukit Belanda dan dirasmikan Menteri Pelajaran ketika itu, YB Tan Sri Mohamed Khir bin Johari Al Haj.

Dahulu semua sekolah menengah dipanggil Sekolah Menengah sahaja, tanpa perkataan Kebangsaan, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong dikenali dengan nama Sekolah Menengah Seri Tanjong, namun pada tahun 1997, selaras dengan pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia; semua sekolah menengah di Malaysia telah ditambah dengan perkataan 'kebangsaan', dan sejak itu Sekolah Menengah Seri Tanjong Kuala Selangor telah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong Kuala Selangor.

"Alumni Amal Jariah Ku"

Admin:
Shamsuddin bin Haji Abu Abas. ASA.,
Setiausaha Alumni.
18/05/2024.

Sumber rujukan:
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Seri_Tanjung,_Selangor#
2. https://smkseritanjongks.blogspot.com/p/blog-page.html

No comments:

Post a Comment