Saturday, 27 July 2024

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Kedua 2024-2026












Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Kedua 2024-2026 telah diadakan pada 27 Julai 2024 bertempat di Dewan Tanjong, SMK Seri Tanjong, Kuala Selangor. Mesyuarat bermula pada jam 10:30 pagi dan berakhir pada 12:30 tengah hari.

Mesyuarat dimulakan dengan ikrar taat setia dan menyimpan rahsia oleh Pn. Normala bt. Miswan, Penolong Setiausaha, serta dua orang Ahli Jawatankuasa, iaitu Pn. Jaslina bt. Kusnan, dengan ikrar aku janji diketuai oleh Tn. Hj. Zaidi Syazwan b. Azim.

Dalam mesyuarat tersebut, mengikut Perlembagaan Fasal 8 Jawatankuasa, klausa 8, Tuan Dr. Rahmad b. Mohd Taib telah dilantik sebagai Naib Presiden (Lelaki) bagi mengisi kekosongan jawatan setelah Naib Presiden (Lelaki) sebelumnya meletakkan jawatan. Tahniah diucapkan!

No comments:

Post a Comment