Saturday, 31 August 2024

Perbincangan Kebersamaan dan Kolaborasi dengan UniSel, Bestari Jaya





Pada 30/08/2024 (Jumaat), jam 3:00 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor, Bestari Jaya, telah diadakan perbincangan dan taklimat untuk mengadakan Persefahaman, Kerjasama dan Kolaborasi antara Persatuan Alumni SMK Seri Tanjong, Kuala Selangor dengan pihak UniSel terutamanya dengan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS).

Kolaborasi antara Persatuan Alumni SMK Seri Tanjong Kuala Selangor dan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor boleh membawa banyak faedah yang signifikan. Berikut adalah beberapa faedah yang boleh dijangkakan:

1. Peningkatan Kualiti Pendidikan: Dengan kerjasama ini, pelajar dan guru di SMK Seri Tanjong boleh mendapat akses kepada sumber akademik dan penyelidikan terkini dari universiti. Ini boleh membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2. Program Mentorship: Alumni yang berjaya boleh menjadi mentor kepada pelajar-pelajar sekolah. Ini boleh memberikan inspirasi dan panduan kepada pelajar dalam merancang masa depan mereka.

3. Peluang Latihan dan Pembangunan Profesional: Guru-guru di SMK Seri Tanjong boleh mendapat peluang untuk mengikuti kursus latihan dan pembangunan profesional yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial. Ini boleh membantu mereka meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

4. Projek Penyelidikan Bersama: Pelajar universiti boleh menjalankan projek penyelidikan bersama dengan pelajar sekolah. Ini boleh memberikan pengalaman praktikal kepada pelajar universiti dan pada masa yang sama membantu pelajar sekolah memahami konsep-konsep yang lebih kompleks.

5. Aktiviti Kokurikulum: Kerjasama ini boleh membawa kepada penganjuran aktiviti kokurikulum yang lebih bervariasi dan menarik. Contohnya, seminar, bengkel, dan kem motivasi yang boleh membantu dalam pembangunan sahsiah pelajar.

6. Jaringan dan Hubungan: Kolaborasi ini boleh membantu membina jaringan dan hubungan yang kuat antara sekolah dan universiti. Ini boleh membuka peluang untuk kerjasama masa depan dalam pelbagai bidang.

Friday, 30 August 2024

Dirgahayu Malaysia, Salam Kemerdekaan Yang Ke-67!




Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-67!

Di Alumni SMK Seri Tanjong, Kuala Selangor, kami merayakan semangat ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ dengan komitmen untuk keunggulan "Alumni Amal Jariah Ku".

Bersama, kita bersatu menuju kegemilangan: Merdeka untuk Malaysia!
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2024!

Perasmian Homestay De'5 Kampung Perepat












Perasmian Homestay De'5 Kampung Perepat, Rumah Inap Sheikh Abdul Karim Fatani Al-Makki oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, DK., SPMS., SSIS., SPMK., Raja Muda Selangor, pada 28/08/2024 (Rabu) jam 4:00 petang sempena Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Klang.

Homestay De'5 Kampung Perepat tersebut adalah kepunyaan Anakanda Saudara Presiden Alumni, Encik Md Arrif bin Hairoman.

Pelbagai acara dijalankan, termasuk jamuan kambing panggang, jualan hasil kampung, dan sebagainya. Turut hadir YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, dan, YB Datuk Haji Rizam Bin Haji Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Negeri Selangor, serta YB Dr Hajah Halimah Ali, Ahli Parlimen Kapar.

Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor (GRS) ini turut dirakamkan di Instagram Rasmi Selangorroyalofficial.

Wednesday, 28 August 2024

Mesyuarat Biro Komunikasi Korporat & Seranta serta Biro Ekonomi & Janaan Sumber

 






Pada 27/08/2024 (Selasa), jam 3:00 petang, telah diadakan Mesyuarat Biro Komunikasi Korporat & Seranta serta Biro Ekonomi & Janaan Sumber bertempat di rumah Pn Ruzita bt Alias, Naib Presiden (Perempuan), di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Mesyuarat telah diadakan secara bersemuka dan juga secara atas talian melalui Google Meet kepada ahli Biro yang tidak berkesempatan hadir.

Antara objektif utama Biro adalah seperti berikut:

Biro Komunikasi Korporat & Seranta
- Mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan Alumni SMK Seri Tanjong;
- Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat Alumni melalui pelaksanaan aktiviti turun padang dan hebahan di medium komunikasi di media sosial dan media arus perdana;
- Melaksanakan promosi dan aktiviti berkaitan dengan Alumni.
- Menyelaras persiapan majlis taklimat, logistik dan aturan lawatan Alumni;
- Menyelaras dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi program dan aktiviti serta majlis Alumni;
- Menguruskan dan memantau kandungan media sosial Alumni SMKST bagi memastikan maklumat dikemaskini dengan bahan informasi terkini; dan
- Merancang kerjasama strategik meningkatkan jaringan kolaborasi strategik Alumni dengan pelbagai pihak terutama sekolah, komuniti dan pihak luar.

Biro Ekonomi & Janaan Sumber
- Merancang projek/program bagi meningkatkan dana program dan mengelolakan projek tersebut bersama biro-biro lain;
- Mencari sumber kewangan/dana/sumber untuk aktiviti Alumni;
- Mendapatkan dana melalui aktiviti mendatangkan hasil kepada Alumni;
- Membangunkan dan mendapatkan sumbangan untuk membolehkan Alumni mempunyai aset seterusnya bagi menjana ekonomi Alumni; dan
- Menguruskan perkara berkaitan dengan pembangunan dan kemajuan Alumni.

Saturday, 24 August 2024

Selamat Hari Wanita Kebangsaan 25 Ogos 2024


Seluruh Warga Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong Kuala Selangor mengucapkan Selamat Hari Wanita Kebangsaan kepada seluruh Wanita walau di mana sahaja berada.

“Wanita Dijulang Negara Gemilang”

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Ketiga












Pada 24/08/2024 (Sabtu), jam 9:00 pagi, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Ketiga telah dijalankan bertempat di Sembilang Eco Resort, Jalan Pantai Remis, Jeram Selangor.

Antara perbincangannya adalah, laporan Program Menghayati Aspirasi Merdeka yang akan diadakan pada 8/09/2024 (Ahad), bermula jam 8:00 - 11:30 malam, bertempat di D'Santai Cafe Pantai Jeram anjuran Biro Sosial dan Sukan. Laporan setiap Biro dan Majlis Ibadah Korban 2025.

Hasrat menukar tandatangan di MayBank Kuala Selangor




Pada 22/08/2024 (Khamis), jam 10:00 pagi, pemimpin Pertubuhan yang baru, termasuk yang lama telah ke MayBank Kuala Selangor, bertujuan untuk menukar tandatangan, namun, masih lagi ada beberapa perkara dan syarat yang perlu dipenuhi bagi tujuan tersebut.


Saturday, 3 August 2024

Melihat Lembu Untuk Ibadah Korban






Pada 2 Ogos 2024 (Jumaat) jam 3:00 petang, Tuan Haji Adailami Mohamad Amin, Timbalan Presiden Alumni, bersama isteri; serta ditemani Saudara Anisan Adam, dan isteri Puan Yuzaina Abdul Karim, yang juga merupakan AJK Alumni, bersama peserta korban, Tuan Haji Mohamad Isa, telah mengunjungi kandang lembu Deny Farm Enterprise di Kampung Bukit Hijau, Jeram Selangor. Tujuan tinjauan adalah untuk melihat dan menempah lembu bagi ibadah korban pada tahun ini.

Setelah melakukan tinjauan dan tempahan, mereka kemudiannya singgah untuk minum petang di MYE Warung Celup Tepung, yang terletak di Jalan Parit Omar, Kampung Bukit Kuching Tengah.

Doa Ketika Menyembelih Haiwan Korban:
Doa ini dibaca dengan harapan Allah menerima ibadah korban kita.

اَللَّهُمَّ هَذِهِ مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنِّيْ يَا كَرِيْمُ 

Allâhumma hâdzihî minka wa ilaika, fataqabbal minnî yâ karîm

Ertinya, “Ya Allah, haiwan ini adalah nikmat dari-Mu. Dan dengan ini aku bertaqarrub kepada-Mu. Kerananya wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, terimalah taqarrubku.”

RM850 satu bahagian. Untuk pertanyaan sila hubungi:
Presiden: Md Arrif Hairoman 011-6489 7428
Timbalan Presiden: Hj Adailami Mohamad Amin 019-211 0122
Naib Presiden (L): Dr Rahmad Mohd Taib 011-1420 6696
Naib Presiden (P): Ruzita Alias 013-333 9299
Setiausaha: Shamsuddin Abu Abas 012-619 5505
Bendahari: Hj Isnu Sururi 012-695 5083