Pada 27/08/2024 (Selasa), jam 3:00 petang, telah diadakan Mesyuarat Biro Komunikasi Korporat & Seranta serta Biro Ekonomi & Janaan Sumber bertempat di rumah Pn Ruzita bt Alias, Naib Presiden (Perempuan), di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Mesyuarat telah diadakan secara bersemuka dan juga secara atas talian melalui Google Meet kepada ahli Biro yang tidak berkesempatan hadir.
Antara objektif utama Biro adalah seperti berikut:
Biro Komunikasi Korporat & Seranta
- Mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan Alumni SMK Seri Tanjong;
- Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat Alumni melalui pelaksanaan aktiviti turun padang dan hebahan di medium komunikasi di media sosial dan media arus perdana;
- Melaksanakan promosi dan aktiviti berkaitan dengan Alumni.
- Menyelaras persiapan majlis taklimat, logistik dan aturan lawatan Alumni;
- Menyelaras dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi program dan aktiviti serta majlis Alumni;
- Menguruskan dan memantau kandungan media sosial Alumni SMKST bagi memastikan maklumat dikemaskini dengan bahan informasi terkini; dan
- Merancang kerjasama strategik meningkatkan jaringan kolaborasi strategik Alumni dengan pelbagai pihak terutama sekolah, komuniti dan pihak luar.
Biro Ekonomi & Janaan Sumber
- Merancang projek/program bagi meningkatkan dana program dan mengelolakan projek tersebut bersama biro-biro lain;
- Mencari sumber kewangan/dana/sumber untuk aktiviti Alumni;
- Mendapatkan dana melalui aktiviti mendatangkan hasil kepada Alumni;
- Membangunkan dan mendapatkan sumbangan untuk membolehkan Alumni mempunyai aset seterusnya bagi menjana ekonomi Alumni; dan
- Menguruskan perkara berkaitan dengan pembangunan dan kemajuan Alumni.
No comments:
Post a Comment