Tuesday, 14 January 2025

Ziarah kasih ke atas Penasihat Persatuan Alumni











Usai mesyuarat Ketiga-tiga Biro pada 12/01/2025 jam 5:30 petang, ahli mesyuarat dengan penuh rasa syukur menyantuni dan menziarahi ayahanda Penasihat Persatuan Alumni SMK Seri Tanjong Kuala Selangor, Tuan Haji Sufian Bin Taimon, dan isteri, bonda Hjh Maznah binti Mohammad di Taman Keramat, Kuala Lumpur. Dalam majlis ziarah tersebut, pihak persatuan dengan sukacitanya menghadiahkan stokin kesihatan jenama 360Thera kepada kedua-duanya. Semoga mereka terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Hadir sama, Puan Ruzita, Puan Yuzaina, Puan Suziana Sopi, Puan Mariyati, dan turut sama dari PPD Kuala Selangor, Puan Norbaiti.

Dalam pertemuan singkat tersebut, turut dibincangkan beberapa aktiviti dan program yang telah dirangka, antaranya:

Perbincangan Masa Depan: Merancang lebih banyak program komuniti dan kerjasama strategik dengan organisasi luar bagi memperluas jaringan persatuan.

Program Pendidikan: Melancarkan inisiatif pendidikan seperti bengkel, seminar, dan kelas tambahan untuk membantu pelajar mencapai kejayaan akademik.

Pemerkasaan Wanita: Merancang program khusus untuk pemerkasaan wanita dalam kalangan alumni bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka.

Kebajikan Alumni: Mewujudkan dana kebajikan bagi membantu alumni yang memerlukan bantuan kewangan atau khidmat nasihat.

No comments:

Post a Comment